Friday, September 26, 2008

Scolari pasang hajat rangkul empat trofi

PORTSMOUTH, London - Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari meletakkan sasaran untuk memenangi empat trofi musim ini selepas menyaksikan anak buahnya membelasah penyandang juara Piala FA, Portsmouth 4-0 pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

Scolari menganggap dua gol daripada Frank Lampard mencetuskan inspirasi kepada kemenangan besar Chelsea pada aksi di Fratton Park kelmarin.

Skuad The Blues yang menamatkan saingan di tempat kedua Liga Perdana England, Liga Juara-Juara dan Piala Liga musim lalu, menurunkan skuad yang lebih kuat daripada apa yang dijangkakan.

"Kami akan beraksi dalam empat kejohanan musim ini dan saya akan berusaha untuk memenangi kesemuanya.

"Begitu juga dengan pemain-pemain. Ia mungkin menjadi sangat sukar tetapi kami memiliki pasukan dan pemain-pemain untuk melakukannya.

"Tahun lalu mereka mara ke perlawanan akhir sebanyak tiga kali dan ini adalah apa yang saya mahukan. Kamu boleh lihat betapa pentingnya Piala Liga kepada pasukan kami.

Pada aksi kelmarin, pemain tengah Lampard membantu Chelsea melayakkan diri ke kelompok 16 pasukan terakhir dengan menjaringkan gol ke-20 Piala Liga menerusi sepakan penalti sembilan minit sebelum babak pertama tamat.

Michael Ballack telah dijatuhkan oleh pemain pertahanan Portsmouth, Nadir Belhadj dan Lampard mudah memperdaya rakan sepasukan dalam skuad England, David James.

Florent Malouda menambah gol kedua Chelsea pada minit ke-45 dan Lampard menghasilkan gol ketiga dan kedua peribadi pada minit ke-49 sebelum Salomon Kalou melengkapkan kemenangan selesa The Blues pada minit ke-64

Wednesday, September 24, 2008

Kecederaan paksa Carvalho, Deco berehat

LONDON - Pasangan pemain Chelsea dari Portugal, Ricardo Carvalho dan Deco akan terlepas beberapa perlawanan selepas ini gara-gara dibelenggu masalah kecederaan.

Pemain pertahanan, Carvalho akan berehat selama sebulan selepas mengalami kecederaan lutut ketika beraksi 11 minit dalam perlawanan Liga Perdana England menentang penyandang juara, Manchester United yang berkesudahan seri 1-1 di Stamford Bridge, Ahad lalu.

Perancang utama The Blues, Deco pula mengalami kecederaan ketika latihan pemanas badan sebelum perlawanan itu, terkoyak otot paha dan tidak boleh beraksi selama dua minggu.

''Imbasan telah menunjukkan Carvalho mengalami kecederaan ligamen di bahagian lututnya. Dia dijangka kembali beraksi dalam tiga atau empat minggu,'' kata kenyataan kelab itu, kelmarin.

Perlawanan pertama yang menyaksikan kedua-dua pemain tidak beraksi ialah pusingan ketiga Piala Liga menentang musuh dalam Liga Perdana England, Portsmouth.

Ketiadaan Deco akan ditampung dengan ketibaan pemain baru dari Brazil, Mineiro.

Pemain berusia 33 tahun itu akan membantu John Obi Mikel sementara Michael Essien sudah tidak boleh bermain selama enam bulan.

Walaupun Alex menunjukkan permainan baik ketika dimasukkan, Carvalho telah diberi kepercayaan mengemudi pertahanan Chelsea.

''Dia seorang pemain yang laju dan dapat menghidu apabila bola datang.

''Dia boleh membaca di mana itu akan pergi dan datang,'' kata jurulatih, Luiz Felipe Scolari mengenai Carvalho minggu lalu.

Bagaimanapun, bekas pertahanan Porto itu akan kembali menyarung jersi Chelsea selepas pelepasan antarabangsa, di mana perlawanan pertama akan menemukan Chelsea menentang Roma dalam Liga Juara-Juara Eropah atau pesaing merebut kejuaraan liga, Liverpool.

Kalou ketagih jaringkan gol

PORTSMOUTH, England - Penyerang Chelsea Salomon Kalou mahu memberikan jurulatihnya Luiz Felipe Scolari kemenangan pertama dalam kempen Piala Liga menentang Portsmouth hari ini, selepas menyelamatkan mata The Blues daripada dirampas Machester United, Ahad lalu.

Scolari yang dalam usaha untuk mengekalkan rekod tanpa kalah Chelsea, akan berkunjung ke Fratton Park untuk perlawanan pusingan ketiga Piala Liga menentang juara Piala FA musim lalu.

Kalou pula sudah bersedia untuk diturunkan selepas tandukannya di minit-minit terakhir membolehkan Chelsea seri 1-1 dengan penyandang juara liga itu.

''Itu adalah gol pertama saya jadi saya berharap ia adalah permulaan untuk jaringan seterusnya dan ia memberikan keyakinan tinggi kepada saya.

''Ia satu perasaan indah apabila masuk dari bangku simpanan dan menjaringkan gol kerana ia adalah gol yang amat penting. Saya berharap mampu menjaringkan gol lagi di Portsmouth.

''Ia akan memberikan kami keyakinan berada di depan Manchester memandangkan mereka memenangi liga dengan kelebihan dua mata musim lalu,'' katanya.

Kalou merupakan serampang dua mata di bahagian serangan Chelsea bersama penyerang, Didier Drogba yang baru cergas daripada menjalani pembedahan lutut.

''Kami bertambah kuat sekarang dan semua orang bersaing untuk merebut tempat, kami cuba untuk menjadi lebih positif dalam pasukan dan ia sukar untuk berada dalam pasukan utama.

''Ia satu perkara yang sihat untuk Chelsea dan bagi kami kerana sekali anda bermain bersama pemain hebat, anda akan memberikan 200 peratus untuk melakukan yang terbaik di atas padang,'' ujarnya.

Pertahanan Portsmouth, Sylvain Distin mensasarkan untuk membawa pasukan Harry Redknapp menang buat pertama kali ke atas Chelsea selepas 50 tahun, sekali gus memadamkan kekalahan 6-0 ketika bertemu Manchester City.

''Ia satu keputusan yang teruk, pertahanan kami tidak bermain dengan baik dan begitu juga dengan posisi kami.

''Banyak kesilapan yang dilakukan dan itu yang menyebabkan kami bolos enam gol.

''Ia sebahagian dari tugas kami untuk memastikan kami melakukan perkara yang betul dan kami perlu lakukannya menentang Chelsea nanti.

''Ia terpulang kepada jurulatih sama ada kami melupakan perlawanan menentang City atau kami cuba untuk memperbaiki dan bekerja keras agar tidak melakukan perkara yang sama,'' kata Distin.

Redknapp akan melakukan banyak pertukaran ketika Portsmouth bermain dalam perlawanan keempat dalam 10 hari selepas minggu lepas mencatatkan kemenangan Piala UEFA ke atas Vitoria Gumaraes dan dua perlawanan liga.

Penyerang veteran, Kanu akan bermain dalam perlawanan pertamanya selepas kali terakhir memenangi Piala FA ke atas Cardiff Mei lalu. Pemain England David James dan Sol Campbell akan menjadi sebahagian dari pemain yang tidak diturunkan.

''Mungkin mereka terlalu letih untuk beraksi pada hari Sabtu, Khamis dan Ahad ini. Ia sudah melebihi kemampuan merekai kami perlu mencari prestasi dengan cepat,'' kata Redknapp.

Tuesday, September 23, 2008

kEDUDUKAN LIGA

P MATA
Arsenal 5 12
Chelsea 5 11
Liverpool 5 11
Aston Villa 5 10
Man City 5 9
West Ham Utd 5 9
Hull City 5 8
Sunderland 5 7
Everton 5 7
Blackburn 5 7
Fulham 4 6
Middlesbrough 5 6
Portsmouth 5 6
Wigan Athletic 5 5
Man Utd 4 5
Bolton 5 4
WBA 5 4
Stoke City 5 4
Newcastle 5 4
Tottenham 5 2
Form Guide | Full Table

helsea siap sedia bawa masuk pemain tengah Brazil

LONDON - Pengendali Chelsea, Luiz Felipe Scolari mengesahkan bahawa kelab England itu akan mengikat kontrak bintang Brazil, Mineiro dalam usaha membantu The Blues merangkul gelaran Liga Perdana England musim ini.

Pemain tengah berusia 33 tahun itu yang telah membuat 25 penampilan dalam skuad Brazil kini bebas untuk menyertai mana-mana kelab selepas diketepikan dari skuad Hertha Berlin pada penghujung musim lalu.

Begitupun Scolari menjelaskan, Chelsea mahu membawa Mineiro ke Stamford Bridge ekoran masalah kecederaan yang dialami beberapa pemain termasuk Michael Essien.

Terbaru pemain tengah Portugal, Deco juga disahkan mengalami kecederaan serius ketika menyertai sesi latihan minggu lalu.

"Dia (Mineiro) adalah pemain yang saya perlukan," jelas Scolari.

"Dia akan menyertai kami minggu ini untuk sesi latihan dan mungkin dia boleh beraksi dalam tempoh sepuluh hari ini selepas itu."

Keputusan Scolari untuk membawa Mineiro ke Stamford Bridge dianggap satu risiko selepas Arsenal menolak untuk menggunakan khidmat pemain itu.

Mineiro gagal mendapat tempat dalam skuad The Gunners selepas pengurusnya, Arsene Wenger merasakan dia tidak sesuai untuk beraksi dalam kempen Liga Perdana Enghland. - Agensi

Keputusan seri suntik semangat The Blues

LONDON - Luiz Felipe Scolari percaya semangat yang ditunjukkan oleh Chelsea menentang Manchester United, kelmarin penting dalam buruannya untuk merampas gelaran Liga Perdana England musim ini daripada genggaman anak didik Alex Ferguson.

Scolari mengakui Chelsea masih belum mencapai tahap persembahan terbaik pasukan itu di Stamford Bridge, kelmarin.

Namun begitu, pengurus Chelsea dari Brazil itu masih gembira dengan kecekalan anak buahnya pada perlawanan tersebut selepas memperoleh gol penyamaan pada minit ke-80 menerusi pemain gantian, Salomon Kalou.

United mendahului perlawanan menerusi jaringan Park Ji-Sung pada separuh masa pertama, setelah penjaga gol Chelsea, Petr Cech gagal menangkap kemas menyebabkan bola meleret ke arah pemain Korea Selatan itu.

Ji-Sung bijak menggunakan kesempatan yang diperoleh itu untuk menghasilkan gol untuk United.

Perlawanan, kelmarin itu turut menyaksikan Scolari mengalami sedikit kegelisahan apabila pemain pertahanan tengahnya, Ricardo Carvalho terpaksa dikeluarkan selepas 10 minit bermain.

Pengurus Chelsea itu masih tidak mengetahui berapa lamakah dia tidak dapat menggunakan khidmat tonggak pertahanan dari Portugal tersebut, serta pemain perancang baru Blues, Deco yang tidak dapat beraksi menentang United kerana mengalami kecederaan ketika menjalani sesi pemanas badan.

"Kehilangan Deco adalah satu berita yang begitu sukar untuk kami. Pergerakan kami daripada bahagian tengah ke bahagian serangan dilihat tidak bersedia pada 15 hingga 20 minit awal.

"Keadaan itu telah membolehkan pemain-pemain lawan berjaya memberi tekanan besar kepada kami pada tempoh tersebut dan menjaringkan gol," kata Scolari.

Meskipun mengakui United telah menghasilkan banyak peluang menjaringkan gol, Scolari juga percaya pasukannya turut mempunyai peluang terbaik menghasilkan jaringan apabila Joe Cole mensia-siakan dua peluang keemasan.

Selain itu, penyerang dari Perancis, Nicolas Anelka turut terlepas peluang menghasilkan gol setelah menerima hantaran silang dari sebelah kanan Jose Bosingwa.

"Saya berpuas hati dengan semua pemain kerana mereka telah memberi sepenuh hati ketika berada di atas padang. Mereka telah berusaha tetapi kadangkala ia tidak berjalan dengan baik.

"Jika kami mempunyai kualiti yang lebih pada penyudah akhir, kami berkemungkinan memenangi perlawanan ini. Pemain-pemain telah menunjukkan mereka mempunyai semangat yang menakjubkan.

"Seperti yang telah kami katakan sebelum ini bahawa Michael Ballack mungkin hanya boleh beraksi selama 45 minit sahaja. Namun, dia berjaya bertahan sehingga minit ke-70 dengan semangat yang tinggi untuk mencipta kemenangan.

"Begitu juga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh John Obi Mikel. Ia begitu menakjubkan. Dia berada di kanan dan kiri pasukan pada setiap masa untuk menguasai bola. Inilah semangat yang saya mahukan.

"Chelsea telah mempunyai semangat tersebut dan saya begitu gembira melihatnya berlaku dalam pasukan ini," ujar Scolari.

Monday, September 22, 2008

Rekod Tanpa Kalah Chelsea Kekal

REKOD tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri terselamat dari dimusnahkan oleh Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London semalam.

Rekod yang dimulakan oleh bekas bos Chelsea Jose Mourinho sejak mengambil alih skuad The Blues pada 2004 goyang setelah Manchester United mendahului pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain Korea Selatan Park Ji Sung.

Bagaimanapun Chelsea bangkit di separuh masa kedua dan hasilnya pemain gantian Salomon Kalou berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Kedudukan 1-1 berakhir sehingga tamat perlawanan.

Kalou punahkan harapan Man. U

LONDON – Jaringan lewat minit pemain gantian, Salomon Kalou membantu Chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah apabila seri 1-1 dengan juara bertahan, Manchester United dalam saingan bola sepak Liga Perdana England di Stamford Bridge, semalam.

Di Manchester, bintang penyerang Brazil, Robinho muncul wira Manchester City apabila menjaringkan satu gol dan mencipta beberapa gerakan cantik untuk membantu pasukannya membelasah Portsmouth 6-0.

Kemenangan besar itu memboleh City naik ke kedudukan kelima liga, manakala Portsmouth pula jatuh ke tangga ke-12.

Namun, tumpuan perlawanan semalam pastinya di London pertemuan di antara juara dan naib juara liga musim lalu, United menentang Chelsea, yang berkesudahan 1-1.

Chelsea sudah dibayangi oleh kekalahan pertamanya di tempat sendiri dalam tempoh empat tahun setengah apabila ketinggalan 0-1 ketika saingan tinggal 10 minit untuk ditamatkan.

Begitupun kemasukan Kalou menggantikan bintang tengah Jerman, Michael Ballack pada minit ke-74 mengubah nasib tuan rumah yang tidak pernah tewas di Stamford Bridge dalam 84 perlawanan berturut-turut.

Kalou menanduk sepakan percuma yang diambil Frank Lampard, menewaskan penjaga gol gantian United, Tomasz Kuszczak pada minit ke-80 untuk memberi gol penyamaan Chelsea.

Terdahulu, tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan United pada minit ke-18 hasil jaringan bintang tengah Korea Selatan, Park Ji-sung yang menyambut hantaran cantik Dimitar Berbatov dan merembat kencang menewaskan Petr Cech.

Dengan keputusan seri, Chelsea menduduki tangga kedua liga, berkongsi 11 mata bersama Liverpool selepas tamat lima perlawanan, namun dipisahkan oleh perbezaan gol.

Arsenal yang turut mengharungi lima perla wanan setakat ini kekal mendahului liga dengan 12 mata selepas menundukkan Bolton 3-1 dalam perlawanan lewat, kelmarin.

United pula terus bergelut dalam usaha mempertahankan kejuaraan apabila berada di tangga pertengahan liga selepas sekadar me ngutip lima mata daripada empat perlawanan.

Tips exam part 3

Latih diri anda untuk peperiksaan

Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otot-otot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Mereka yang mahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan. Anda perlu melatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.


Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:

1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan
tepat.

2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.

3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.

4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang
berkesan.


1. Latih mengeluarkan maklumat

Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:

 Menjawab soalan-soalan;
 Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
 Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
 Mengadakan perbincangan dengan rakan;
 Menyediakan kad imbasan kecil.
 Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
 Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.


2. Hadkan masa menjawab

Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.

Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan.


3. Anggap seperti peperiksaan sebenar

Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan (lihat di bawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.


4. Strategi menjawab soalan

Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.

Langkah-langkah berikut dapat membantu:

1.Baca arahan terlebih dahulu.
2.Baca arahan terlebih dahulu.
3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:

 Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.

 Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan.

 Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.

 Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.

 Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.


Mencari sebab (post-mortem)

Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan. Setelah anda selesai membuat latiha ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat. Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:

 Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
 Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaguru atau rakan.
 Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.
 Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan di atas.
 Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak diulangi.




Jangan buang masa

Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.

Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi mengulangkaji.

Thanks a lot dr prihatin.. DENAN

Tips exam part 2

BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN


Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul. Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang
hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakuka yang terbaik.

Bersedia untuk belajar

Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti.

Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM. Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah.

Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit. Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran.


Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan


Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian.

Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.

Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik.

Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.

Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin
terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.


Mengingati Tajuk

Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.


Buatkan Nota


Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara belajar begini bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan peperiksaan semakin hampir.

Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaik ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta penting yang tertinggal.

Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal. Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.

Tips exam part 1

MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN

Saya tidak tahu dimana patut bermula.

Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh
guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda.


Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.


Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik. Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci.


Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya.


Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan. Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan.


Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya.


Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:

Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.
Gunakan Teknik Ceraian.
Gunakan Teknik Mnemonik.
Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama
anda kemana sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kad-
kad ini.



Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya.

Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis, tanyakan soalan-soalan seperti:

Bila Melaka diserang?
Kenapa Melaka diserang?
Siapa yang menyerang?
Bagaimana Melaka diserang?


Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.

Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:

Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikan perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut. Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan yang ada. Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan). Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta konsep bagi menyusun bahan-bahan yang ada perkaitan. Misalnya kalau anda sedang membaca sejarah tentang perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang semua negara yang terlibat. Kemudian senarai isu penting atau peristiwa penting disebelah carta tersebut. Anda mungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini dengan negara-negara tersebut berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas mereka.


Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?


Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.

Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami. Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggil semula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal. Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi ingatan anda. Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa. Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan peperiksaan.


Anda suka belajar disaat-saat akhir.

Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.

Sunday, September 21, 2008

Scolari sedia terima Ronaldo ke Chelsea

LONDON - Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari bersedia 'membuka pintu' untuk Cristiano Ronaldo menyertai kelab London itu jika pemain itu berhasrat meninggalkan Manchester United.

Menjelang pertemuan getir kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana England, malam ini, bekas jurulatih Portugal itu yang dipetik oleh akhbar di Britain berkata, beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan Ronaldo.

''Semasa bersama Portugal, setiap tahun saya terpaksa memilih tiga orang pemain untuk dicalonkan sebagai Pemain Terbaik Dunia.

''Tahun ini saya akan memilih Didier Drogba, kemudian John Terry dan selepas itu Frank Lampard.

''Sekarang ketiga-tiganya bersama saya dan ini sudah cukup baik. Mungkin Cristiano akan menyertai saya musim depan.

''Beritahu Ronaldo jika dia mahu bertukar (pasukan) saya akan membuka pintu untuknya,'' kata Scolari yang dipetik akhbar Daily Mail.

Inilah reaksi pertama Scolari terhadap pemain berusia 23 tahun yang digilapnya itu sejak meletakkan jawatan sebagai jurulatih Portugal.

''Suatu hari nanti Ronaldo akan meninggalkan United. Dia mungkin menyertai kelab baru untuk setahun dua. Ronaldo adalah kawan saya. Saya menyukainya seperti bapa sukakan anaknya. Tentang kehidupannya, biarlah dia menentukannya.

''Dia juga berpeluang untuk menjadi kapten pasukan Portugal musim depan kerana keyakinan yang dimilikinya dan sifatnya semakin matang. Malah, semua orang senang dengannya. Sekarang pun dia adalah antara tiga pemain terbaik dunia,'' ujar Scolari.

Saturday, September 20, 2008

Wilkins kini penolong Scolari

LONDON - Bekas ketua pasukan bola sepak Chelsea, Ray Wilkins kembali ke kelab itu sebagai penolong jurulatih Luiz Felipe Scolari, kelmarin.

Wilkins yang menyertai Chelsea sebagai perantis pada 1973 dan menjaringkan 34 gol dalam 198 penampilan, memenuhi kekosongan pada kelab Liga Perdana itu gara-gara pemergian Steve Clarke, Isnin lalu ke West Ham.

Wilkins, 51, berkata, dia 'berdebar' apabila ditawarkan jawatan itu sambil menambah, telah bergelut untuk kembali ke kejurulatihan sejak kehilangan jawatannya dengan skuad Bawah 21 England, tahun lalu.

"Bola sepak kini hampir seperti sebuah kedai yang telah ditutup. Jadi sesiapa yang sudah meninggalkan sukan ini agak mustahil untuk memasuki semula dan saya antaranya," katanya.

Chelsea kini menerajui Liga Perdana dengan perbezaan gol selepas empat perlawanan.

"Chelsea bermain seperti ada kebebasan dan benteng pertahanan mereka masih mantap. Ia begitu mengagumkan.

"Malah, kesenian Deco juga mirip (Gianfranco) Zola pada beberapa umpanan dan kreativitinya. Ia menarik perhatian saya.

"Frank (Lampard) kini kembali menjaringkan gol dan ia sama penting antara memperbaharui kontrak pemain sedia ada dengan membawa masuk pemain baru," ujarnya.

Bekas pemain tengah itu kembali ke Chelsea pada 1998, bekerja sebagai seorang jurulatih di bawah Gianluca Vialli selama dua tahun dengan kejayaan Blues memenangi Piala FA pada 1999.

Wilkins yang membuat 83 penampilan untuk England, hanya memenangi satu gelaran utama tempatan dalam karier pemainnya iaitu Piala FA 1983 dengan Manchester United yang disertainya dari Chelsea pada 1979.

Wilkins yang turut bermain seketika dengan AC Milan dan Paris St. Germain, memulakan karier singkat pengurusan pada 1994 di Queens Park Rangers. Dia menerajui Fulham pada 1997, tetapi cuma bertahan semusim.

Thursday, September 18, 2008

Scolari ingatkan pemain Chelsea jangan leka

LONDON - Luiz Felipe Scolari mengingatkan anak-anak buahnya supaya jangan terlalu dibuai mimpi indah selepas membelasah Bordeaux 4-0 dalam saingan awal peringkat Kumpulan A, kelmarin.

Sebaliknya, beliau akan sentiasa mengingatkan pemain Chel sea agar sentiasa berpijak di bumi nyata dan bersedia dengan cabaran seterusnya.

Gol-gol Chelsea kelmarin disumbang Frank Lampard, Joe Cole, Florent Malouda dan Nicolas Anelka.

"Kami masih melakukan banyak kesilapan ketika menguasai bola. Bermain dalam Liga Juara Juara tidak perlu menang besar sebaliknya cukup mengawal permainan selepas mendahului 2-0.

"Tetapi pemain saya lupa itu dan masih ghairah mahu menjaringkan gol sehingga memberi ruang kepada lawan untuk mencuri peluang.

"Jika lawan pasukan lain, kami mungkin telah dihukum kerana bahagian tengah yang sentiasa kosong," katanya.

Musim lalu, Chelsea tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Manchester United pada perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah di Moscow.

Dalam pada itu, Scolari berkata, kemenangan besar ke atas Bordeaux diharap menjadi penyuntik semangat menjelang perlawanan menentang United dalam saingan Liga Perdana England di Stamford Bridge, Ahad ini.

Di samping itu, Alex Ferguson, pengurus Manchester United berang dengan tindakan FA England membatalkan kad merah kepada John Terry. Ini memberikan faktor yang positif kepada Chelsea dan situasi Chelsea yang baik perlulah berterusan kerana keadaan MAN UTD sekarang yang masih mencari rentak.

Apapun tunggu hujung minggu ini.

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG - BAH 3

PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;

Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.

4) PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang
mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG - BAH 2

2)PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.


Berfikiran Positif


Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"

Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

"If you can't see it, you can't have it".


Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.

1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG- BAH. 1

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan. Artikel ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........

"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.


1)PERSEDIAAN FIZIKAL


KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

KESELAMATAN


Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

Banyak ketawa buat hati mati- bahagian 2

Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka sesuatu yang akan binasa ialah maruah diri. Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."
(Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).

Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita banyak ketawa dengan
sabda Baginda yang bermaksud:

"Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita."

Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif daripada yang positif. Orang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang,
banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan
himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata:

"Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah."

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambanya beriman. Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan. Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.

Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata, sesiapa melakukan perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Hal iIni kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta. Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku. Maka akan hilanglah kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.

RENUNG-RENUNGKAN, FIKIR-FIKIRKAN, HAYATILAH DAN SELAMAT BERAMAL

Banyak ketawa buat hati mati - bahagian 1

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat
genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud :
"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak."
(Surah at-Taubah, Ayat 82).

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan
bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati."
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi berpandukan arahan hati yang murni.

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian. Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini.

Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran.

Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah. Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan yang maha pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama.

Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.

bersambung..... bahagian 2

Wednesday, September 17, 2008

Chelsea kena amaran Ferdinand

FERDINAND yakin United akan kembali bangkit selepas tewas kepada Liverpool minggu lalu.

LONDON - Pertahanan England, Rio Ferdinand memberi amaran kepada Chelsea bahawa skuad The Blues itu akan berdepan kebangkitan Manchester United pada aksi Liga Perdana England hujung minggu ini.

Kapten Red Devils itu mengakui bahawa dia terkilan dengan nasib yang tidak menyebelahi pasukannya ketika tewas 1-2 kepada Liverpool Sabtu lalu.

Namun, di sebalik kekalahan itu, Ferdinand percaya pertemuan kedua-dua pasukan di Stamford Bridge nanti bakal menjadi medan terbaik menebus kehampaan United.

"Memang bagus untuk berdepan pasukan handal lain selepas mengalami kekecewaan kerana kamu akan lebih arif mengenai pasukan kamu apabila tewas satu perlawanan.

"Kami mahu turun berdepan Chelsea dan mengembalikan semula kepercayaan kepada diri kami.

"Kami akan cuba mengutip tiga mata dan memadam rekod tanpa kalah mereka di gelanggang sendiri sejak dua atau tiga musim lalu.

"Tiada perlawanan lain lagi yang lebih bagus daripada pertemuan ini," jelas Ferdinand.

Ferdinand menambah, United gagal menampilkan aksi sebenar pada pertemuan menentang Liverpool, sekali gus menyaksikan mereka tewas di Anfield.

"Kami belum beraksi pada tahap sebenar dengan Liverpool. Dalam tempoh 10 minit iaitu sebelum dan selepas kami menjaringkan gol, kami berjaya menguasai permainan dan membuat hantaran dengan baik.

"Tetapi selepas itu, kami gagal menyaingi mereka dan mereka berjaya menjaringkan dua gol. Mereka bernasib baik mendapat dua gol tersebut.

"Keseluruhannya, mereka gagal menguasai permainan dan tidak sepatutnya menang."

AMARAN JER... ATAS PADANG TENTUKAN.. KEPADA PEMINAT MAN U AND CHELSEA SILA BERI KOMEN ANDA>> CHELSEA ATAU MAN U SILA MASUKKAN RAMALAN ANDA SEKALI YER...

Kad merah Terry dibatal

LONDON - Chelsea menang dalam rayuannya untuk membatalkan kad merah yang dilayangkan kepada ketua pasukan John Terry dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana England yang dimenangi kelab itu ke atas Manchester City Sabtu lalu.

Dengan keputusan FA England itu bermakna Terry terlepas daripada penggantungan tiga perlawanan dan boleh diturunkan menentang Manchester United pada Ahad ini.

Suruhanjaya peraturan FA England sebelum ini telah menimbangkan kes Terry itu semalam dan dalam satu kenyataan, badan bola sepak itu berkata: ''Chelsea telah menghantar satu dakwaan bahawa telah berlaku kejadian tersalah hukum bagi pihak John Terry.

Terry dilayangkan kad merah ketika Chelsea menang 3-1 kerana kesalahan profesional ke atas penyerang City, Jo.

Namun ulang tayang di televisyen menunjukkan berlaku kesilapan ketika mengenakan hukuman tersebut ke atas Terry.

Dalam masa yang sama FA tidak meringankan hukuman dari kad merah ke kad kuning, jadi Chelsea perlu membuktikan Terry tidak sepatutnya dilayangkan kad merah sama sekali dan mereka perlu mengubah keputusan tersebut.

Dengan keputusan itu pastinya ia satu berita kurang menggembirakan buat United, pasukan yang mengalahkan Chelsea pada final Liga Juara-Juara musim lalu.

Bos skuad Blues, Luiz Felipe Scolari turut mengakui dia terdesak untuk mendapatkan khidmat Terry bagi pertembungan dengan United.

"Adalah penting bagi kami jika boleh Terry bermain Ahad ini namun kita akan tunggu dan lihat apa kata FA England,'' kata Scolari.

"Ia penting bagi kami, selepas melihat ulang tayang di televisyen, mungkin terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pengadil.

"Tetapi bukan kedudukan saya untuk berkata ia satu kesilapan. Mungkin FA bersetuju telah berlaku kesilapan oleh pengadil,'' katanya.

YESSSS jOhn Terry ade boleh main.. tapi xblh confident.. kalo man u main cam game liv chel plak main macam lawan man city chance nk menang tuh ade.. hehe.. tgu jela ahad ni kawan2.. huhhu

Tuesday, September 16, 2008

Scolari tidak rasa tertekan

LONDON - Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari menjelaskan bahawa dia tidak berasa tertekan dalam misi menghadiahkan kejuaraan sulung Eropah kepada skuad The Blues itu.

Awal pagi ini Scolari akan membuat penampilan pertama di pentas Liga Juara-Juara apabila anak buahnya turun pada aksi pembukaan Kumpulan A menentang Bordeaux.

Penampilan pertama The Blues di Stamford Bridge itu hadir empat bulan selepas mereka tewas kepada Manchester United pada pertembungan akhir di Moscow Mei lalu.

Namun bagi Scolari, dia tidak memandang situasi itu sebagai sesuatu yang memberi tekanan kerana yakin mampu menghadiahkan pelbagai kejayaan kepada pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

"Tekanan kepada saya dan pemain bukan hanya untuk Liga Juara-Juara," jelas bekas pengendali Portugal itu.

"Ia juga adalah untuk Piala FA, Piala Liga dan Liga Perdana. Kami mahu memenangi semua kejuaraan ini.

"Bagi kami Liga Juara-Juara bukanlah penting sangat berbanding Piala Liga dan ia juga bukan penting berbanding perlawanan liga.

"Apa pun saya tetap hormati saingan Liga Juara-Juara tetapi semua perlawanan musim ini adalah penting."

Namun andai kapten Chelsea, John Terry berjaya menyudahkan sepakan penalti di Moscow lalu maka dia akan mengetuai skuad The Blues pada aksi menentang Bordeaux sebagai juara bertahan.

"Ketika dia terlepas sepakan penalti itu saya cukup sedih kerana saya sukakan pemain itu. - AFP

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini. Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".

Rasullulalah bersabda, "Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad. Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun... sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb. Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa. wallhualam.

ihsan dari Ustaz Zainuddin Hashim
BACA DAN FAHAMI LAH..

Terima Kasih

Asam Pedas Ikan Pari Sri Batrisya, Chicken Chop

TRY LA CONFIRM SEDAP PUNYER.. XCAYE KER.... HEHEHE

Asam Pedas Ikan Pari Sri Batrisya

Bahan-Bahan:
Satu papan ikan pari di potong kecil
3 sudu besar bawang merah (blend)
4-5 sudu besar cili kering (blend)
2 inci halia (tumbuk)
3 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil biji sawi
1 mangkuk asam jawa
2-3 inci belacan
8-9 bendi kecil
Sedikit garam and serbuk perisa
3-4 tangkai daun kesum
Sedikit serbuk kunyit
Minyak yg sederhana

Cara:
1.Tumiskan bawang, halia, cili kering, serai,daun kesum and biji saga.
2. Gaul air asam jawa dgn belacan and masukkan dlm tumisan. (estimate kuah ikut sukatan sendiri).
3. Make sure kuah pekat sikit, lepas mendidih masukkan garam,serbuk perisa and sedikit kunyit serbuk.
4. Dah mendidih masukkan bendi dan ikan.
5. Jgn biar ikan terlalu lama masak

Cadangan Hidangan:
If pedas and pekat kuat lagi sedap.Makan PANASS2 baru sedap

Chicken Chop


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan

Kerabu mangga
Bahan-Bahan:
2 biji mangga-diparut
1 sudu gula
2 sudu besar udang kering
2 biji cili padi
3 ulas bawang merah
sedikit garam
1 biji limau nipis

Cara:
Goreng udang kering dan tumbuk.cili padi dipotonng halus.bawang merah diracik.
campurkan kesemua bahan dan gaul.pecahkan air limau nipis.

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan segera. Panas2 Baru SEDAPPPPP....

Wednesday, September 10, 2008

Essien Berehat Panjang

Pemain serba boleh Chelsea, Michael Essien terpaksa diketepikan selama beberapa bulan selepas mengalami kecederaan pada ligamen lututnya.Dalam satu kenyataan, kelab gergasi Liga Perdana England itu mengesahkan pemain berusia 25 tahun itu mendapat kecederaan tersebut ketika mewakili negaranya, Ghana dalam saingan kelayakan Piala Dunia Zon Afrika.

“Michael mengalami koyakan pada ligamen lututnya dan terpaksa menjalani pembedahan segera yang dijangka seminggu dari sekarang.“Buat masa ini, beliau telah mula menjalani terapi pemulihan di pusat kami (pusat latihan Chelsea) di Cobham, Selatan London.“Michael dijangka memerlukan beberapa bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu,” kata kenyataan itu.

Ketiadaan Essien bermakna dia bakal terlepas perlawanan penting termasuk menentang Manchester United pada 21 September ini.Ia turut memberi kesan yang besar kepada Chelsea yang pernah mengalami nasib sama apabila mengalami prestasi merudum musim lalu akibat kecederaan pemain utamanya.Essien menyertai Chelsea pada 2005 daripada kelab Perancis, Lyon dan sejak itu kerap berada dalam kesebelasan utama Chelsea.
Beliau baru menandatangani kontrak baru pada Julai lalu untuk kekal selama lima tahun lagi dengan Chelsea.

Tuesday, September 9, 2008

9 sifat wanita yg laki suka...

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata
lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang
berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka
diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau
topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Monday, September 8, 2008

Lelaki Kacak Untuk Di Dampingi

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat
dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu Bila
selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli
keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan
datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk
memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat
membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal
dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang
kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke
syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang.
Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak
akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai,
orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu
hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat
Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan
sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan
mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun
untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi ! yang
akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah
menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung
dan janji Allah itu adalah benar.

wallahua'lam

Sunday, September 7, 2008

Faktor-faktor yang Menyebabkan Guru Menjadi Samseng

Gejala samseng di kalangan pelajar seperti buli, peras ugut, pukul, bergaduh kumpulan gangster sekolah dan sebagainya mungkin berpunca daripada sikap guru di sekolah dan pelajar terpengaruh dengan sikap guru tersebut yang negatif tersebut. Apa yang ingin dilihat sikap guru yang mungkin hanya sedikit tetapi kesannya kepada pelajar adalah sangat tinggi. Inilah yang dimaksudkan guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Antara faktor-faktor yang menyebabkan guru samseng adalah seperti pergaulan, guru memberontak, sifat peribadi guru, masalah peribadi guru tersebut dan sebagainya.
Pergaulan dilihat sebagai faktor kepada guru menjadi dan mempunyai sikap ganas adalah kerana pergaulan dan hubungan guru ketika diluar sekolah yang biasa dengan persekitaran yang kumpulan-kumpulan gangster dan sebagainya. Sesetengah guru yang mempunyai sikap seakan samseng ini bergaul dengan sahabat-sahabatnya yang sememangnya kaki pukul ataupun tukang tarik kereta ataupun memang terlibat dengan kumpulan seperti PEKIDA dan sebagainya. Contohnya dapat dilihat apabila guru tersebut bergaul dan bercerita ketika berbincang atau melepak di kedai mamak dan sebagainya dan topik perbincangan membawa kepada keseronokan memukul dan membuli menyebabkan guru tersebut ingin mencuba dan menjadikan sekolah (pelajar) sebagai cara untuk merasakan keseronokan memukul dan membuli ini. Melalui pergaulan ini guru menjadi teringin untuk cuba membuli dan memukul dan menyebabkan pelajar di sekolah menjadi bahan untuk memukul dan membuli ini.
Di samping itu, guru yang ingin menjadikan pelajar seumpama rakannya dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya menyebabkan pelajar terpengaruh melalui pergaulan yang sudah biasa antara guru dan rakan-rakannya diluar dan ia meresap masuk ke dalam budaya sekolah. Apabila guru bebas bertindak dengan masih menggunakan budaya pergaulan dengan rakan-rakannya di luar dan di bawa ke dalam sekolah ia juga akan memberi kesan negatif kepada pelajar. Contohnya, pengalaman saya di sekolah ada seorang guru yang memang memanggil pelajar dengan kata-kata kesat di mana nama pelajar itu adalah Lan dan guru tersebut memanggil Lan*** dan disuruh untuk membeli air di kantin. Walaupun pelajar tersebut tersenyum dan boleh menerima tetapi apa yang dikata dan melaksanakan apa yang disuruh oleh guru tersebut, itu boleh menyebabkan pelajar terpengaruh dan seterusnya terikut untuk mengeluarkan kata-kata kesat seterusnya membuli dan berkelakuan samseng. Oleh itu, melalui pergaulan oleh guru ketika diluar menjadi salah satu punca kepada sikap guru itu menjadi samseng seterusnya menjadi ikutan pelajar
Seterusnya adalah faktor sifat peribadi iaitu sifat yang sudah menjadi tabiat dan kebiasaan kepada guru tersebut sehingga terbawa-bawa ke sekolah. Begitu juga dengan sikap samseng, suka membuli dan sebagainya yang merupakan sikap sesetengah guru yang memang sudah terbiasa dengan sikap sebegini. Faktor sifat peribadi guru ini dapat dilihat berlaku apabila tabiat ketika di sekolah samada di sekolah asrama ataupun sekolah harian di mana budaya membuli dan samseng ini menjadi amalan dan keseronokannya apabila membuat perkara tersebut. Contohnya, ketika belajar di sekolah asrama, guru tersebut sudah menjadi antara geng paling kuat dan senior di sekolah kerana budaya di asrama memang mempunyai sifat membuli, gangsters, ugut dan sebagainya. Apabila guru tersebut sememangnya sudah mempunyai tabiat untuk membuli dan berkelakuan samseng, ia tidak mustahil sifat tersebut terbawa-bawa ke alam pekerjaan seperti guru, tentera dan sebagainya. Di konteks guru ini dapat dilihat factor tabiat sifat peribadi menjadi perkara penting kepada perlakuan samseng di sekolah.
Guru memberontak juga boleh dilihat sebagai factor guru berkelakuan samseng di mana rasa tidak puas hati di kalangan guru. Contohnya, guru tidak berpuas hati dengan keputusan guru besar dan memberontak dengan melepaskan geram kepada pelajar. Ini seringkali berlaku kepada guru di mana guru tersebut telah di marahi oleh guru besar atau pengetua dan melepaskan perasaan marah dan geramnya terhadap pengetua itu ke atas pelajar. Sekiranya guru tersebut melepaskan kemarahannya tanpa usul periksa ini boleh menyebabkan pelajar terpengaruh dan melakukan perkara yang sama seperti guru tersebut iaitu memukul dengan sesuka hati tanpa usul periksa dan melepaskan kemarahan kepada orang yang lemah. Ini menyebabkan pelajar terpengaruh dan inilah yang dikatakan sebagai guru kencing berdiri murid kencing berlari.
Masalah peribadi guru tersebut seperti masalah keluarga, tekanan kerja, masalah kewangan dan sebagainya juga merupakan factor menyebabkan guru menjadi samseng. Contohnya, apabila tekanan kerja terlalu banyak, guru yang senior akan menyerahkan tugasnya kepada guru baru dan apabila ini menjadi kebiasaan, guru senior tersebut akan terus buli dan membuli guru baru itu. Sekiranya perkara ini dilihat dan diketahui oleh pelajar, ini boleh menyebabkan pelajar tersebut mencontohi guru senior tersebut dengan membuli rakan-rakan juniornya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Oleh itu, factor-faktor yang menyebabkan guru menjadi samseng ini boleh mengakibatkan kesan kepada pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan sikap guru yang berkelakuan seakan samseng itu. Ini menyebabkan konsep guru kencing berdiri, murid kencing berlari di mana pelajar akan melakukan lebih 2 kali ganda daripada guru tersebut lakukan.

Saturday, September 6, 2008

Chelsea tidak terjejas tanpa Robinho - Scolari

LONDON - Bos Chelsea, Luiz Felipe Scolari menegaskan bahawa kegagalan mendapatkan khidmat penyerang Brazil, Robinho untuk diserapkan ke dalam pasukan itu tidak akan memberi kesan kepada perancangan musim ini.

Robinho melakukan kejutan minit-minit akhir ketika pintu perpindahan hampir tamat apabila bersetuju menyertai Manchester City, selepas Chelsea menolak permintaan Real Madrid untuk membayar 40 juta euro (RM198.7 juta).

"Ia bukanlah masalah kepada saya. Saya mempunyai ramai pemain hebat dan begitu gembira dengan pasukan saya ini.

"Saya juga menerima semula pemain baru yang pulih daripada kecederaan, Didier Drogba tidak lama lagi.

"John Obi Mikel juga telah kembali pulih dengan sepenuhnya manakala Michael Ballack dan Michael Essien yang beraksi dengan kecederaan juga bertambah sihat.

"Mereka adalah contoh pemain-pemain yang mempunyai keperibadian yang menakjubkan dalam skuad saya ini.

"Saya tidak fikir orang yang berada di sekeliling Robinho begitu serius untuk membawanya ke Chelsea. Mereka lebih mementingkan perjanjian perniagaan.

"Namun, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini mengenai Robinho, dia adalah pemain yang sangat bagus. Saya mendoakan kejayaan kepadanya.

"Saya telah membaca surat khabar dan mereka mengatakan saya tidak gembira atau marah dengan kelab kerana gagal mendapatkan penyerang itu. Semua kenyataan itu adalah tidak benar.

"Saya tidak menyatakan perkara seumpama itu dan tidak pernah berfikir seperti itu. Saya begitu gembira dengan situasi ketika ini," kata Scolari dalam laman web pasukan itu, www.chelseafc.com.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_07.htm

Friday, September 5, 2008

16/09/08 - REALITI @ FANTASI

keadaan politik dan ekonomi malaysia yang meruncing kini begitu memberi kesan kepada rakyat dan pelabur. selepas BN kalah teruk pada PRU-12 yang lalu dan bermulalah episod kepincangan politik dan ekonomi Malaysia. dengan keputusan harga minyak yang tidak konsisten yang dilakukan oleh kerajaan serta yang terbaru kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh meniup lagi perubahan kerajaan daripada BN kepada PR. Adakah ia sekadar fantasi ataupun realiti yang dijelmakan oleh Anwar Ibrahim melalui lompatan parti yang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen.

persoalannya adakah tarikh yang dijanjikan dan sering diperkatakan sekarang ini boleh dilihat sebagai satu tarikh yang mampu menjadi realiti ataupun fantasi. adakah ia hanya omongan kosong politik. apapun andaiannya, sama-samalah kita tunggu dan lihat tarikh itu. Kerajaan BN Perak yang telah mencetuskan satu Omongan kosong di mana telah berlalunya 31 Ogos 2008 bagai debu-debu pasir di pantai di mana tiada perubahan kerajaan Perak daripada PR bahkan pada tarikh 4/9/08 telah berlangsung satu peristiwa sejarah kepada Perak iaitu sembahyang terawih dan tazkirah di dataran MBI yang sebelum ini seringkali berlangsungnya konsert dan aktiviti hiburan dan kini adanya peristiwa untuk kemantapan rohani di situ.

Persoalannya 16/9/08 lagi, adakah kerajaan BN yang terkenal dengan kebijaksanaan politik (nak kata kotor atau tidak pembaca sendiri perlu menilainya.. sebagai cth selepas kekalahan PRU tahun 69) di mana akan menggunakan kuasa tentera untuk menyekat kemaraan PR untuk menjadi kerajaan Malaysia. ini akan menyebabkan tiada berlaku perubahan kuasa dan 16/9/08 menjadi seperti BN Perak yang hanya kata-kata kosong semata-mata.

Persoalan ketiga, adakah rakyat yang masih terkongkong dengan perasaan di mana hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah MALAYSIA atas tiket ketuanan MELAYU. sedangkan sebagai contoh, KETUANAN MELAYU tergadai apabila UMNO mengambil kesempatan daripada pengharaman dan penangkapan pejuang MELAYU tulen yang inginkan kemerdekaan dan HAK MELAYU sebenar terus terpelihara. ramai rakyat tidak mengetahuinya kerana sejarah disembunyikan untuk kepentingan politik BN iaitu seakan-akan hanya mereka sahaja yang memerdekakan MALAYSIA dan kos melepasnya adalah KETUANAN MELAYU. Apapun blhkah rakyat berubah seperti berlakunya revolusi di Eropah pada satu ketika dahulu. jika tidak berubah kemungkinan akan berlaku huru hara dan ini akan menyebabkan kesusahan untuk PR menubuhkan kerajaan.

Selain itu, mentaliti kakitangan kerajaan di mana saya telah mengalami sendiri ketika berurusan dengan pejabat MARA yang seakan menyebelahi kerajaan BN sedangkan beliau bertugas di salah sebuah negeri PR dengan memberi kelebihan dan keutamaan kepada kerajaan pusat dan terus mengabaikan kerajaan negeri itu. ini budaya kerja yang tidak baik kerana tiada pengasingan kerja dengan politik menyebabkan masyarakat terkongkong dan mentaliti yang begini akan menyebabkan MALAYSIA sukar untuk maju dari segi mentalitinya.

Apapun tinggal 11 hari sahaja lagi dan kita sebagai pemerhati perlu melihat kepada adakah 16/9/08 sebagai satu perubahan yang realiti ataupun ia sekadar omongan dan fantasi semata-mata.

Thursday, September 4, 2008

MINYAK PERLU TURUN SEKARANG UNTUK KEPRIHATINAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT

Belanjawan 2009 yang ingin menunjukkan kerajaan prihatin kepada kesusahan dan kesempitan rakyat dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu hasil daripada tindak tanduk daripada kerajaan walaupun masalah global boleh dilihat sebagai salah satu punca. (apapun kerajaan yang baik akan sentiasa berusaha untuk kesejahteraan rakyat bukannya membebankan rakyat - cth harga minyak yang naik terlalu tinggi dan automatik barang naik dengan mendadak juga).

kejatuhan harga minyak di pasaran global kini yang hanya 109 USD setong memberikan satu kebaikan kepada seluruh masyarakat dunia. di Malaysia sepatutnya tidak perlu untuk menunggu terlalu lama untuk membuat keputusan demi kebaikan rakyat. kerajaan BN sekarang yang dilihat bergelut dengan keadaan politik semasa perlu memberikan keyakinan kepada rakyat melalui sebuah kerajaan yang prihatin dengan memberikan kurangan harga minyak dalam tempoh masa seminggu ini tnpa menunggu awal bulan oktober atau seminggu sebelum raya.

kesan pengurangan harga sekrang akan memberi impak yang besar kepada rakyat terutama menjelang hari raya. Impak yang pertama, harga tiket tidak perlu dikenakan surcaj 30% dan kembali kepada harga asal. ini dapat dilihat win win situation antara rakyat dengan pengusaha bas. Impak kedua, harga barang akan turun dan kerajaan perlu tingkatkan penguatkuasaan agar harga barangan kembali kepada harga asal. di sini kerajaan perlu bertindak tegas terutama penguatkuasaan. kesan positif kepada rakyat yang boleh menyambut hari raya ini dengan ceria tanpa terbeban dengan kos yang tinggi.

selain itu, pengkajian tol yang dilakukan tiada jalan penyelesaian sehingga kini kerana tiada jawapan daripada kerajaan mengenai harga tol. untuk kesejateraan rakyat juga tol, cukai perlu dikurangkan. rakyat tidak perlu terbeban demi mengkayakan kerajaan kerana spatutnya kerajaan berusaha untuk mencari pendapatan untuk rakyat. cth pelaburan luar negara (petronas) dan syarikat tempatan perlu mengikut sperti petronas.

apapun kepada kerajaan BN langkah awal untuk penurunan minyak perlu dilakukan untuk kesejahteraan rakyat. jangan fikirkan masalah sendiri (politik) shaja tetapi masalah rakyat perlu diutamakan.

Monday, September 1, 2008

Selamat Menghayati Kedatangan Ramadan Al Mubarak

Kedatangan bulan Ramadan begitu dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. di bulan Ramadhan inilah turunnya Al Quran dan berlakunya beberapa peristiwa sejarah bagi agama Islam. Sempena kedatangan bulan Ramdhan marilah kita meningkatkan amal ibadah dan saya ingin mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat selamat menghayati bulan Ramadhan ini. Semoga saya dan seluruh muslimin dan muslimat mendapat hidayah agar menjadi golongan yang disukai oleh Allah S.w.t. AMIN..