Saturday, August 30, 2008

BELANJAWAN 2009 - KERAJAAN PRIHATIN

Pembentangan budget 2009 yang dibuat oleh PM Pak Lah menampakkan sedikit kepentingan kepada kesejahteraan rakyat. di sebalik krisis kekalahan di dalam PRU 12 dan yang terbaru PRK Permatang Pauh memberikan kesedaran kepada kerajaan kepada betapa pentingnya kebajikan rakyat di jaga. Suara dan Gelombang rakyat yang berani memberikan perubahan iaitu undi kepada pakatan rkyat sedikit sebanyak telah menggugat kuasa kerajaan yang sebelum ini dapat dilihat bebas membuat keputusan dan hanya memberikan sedikit kesjahteraan kepada rakyat.

Namun adakah belanjawan ini begitu menampakkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang kini begitu tersepit akibat kenaikan mendadak minyak yang dilakukan kerajaan. pada dasarnya, jika diteliti tahap kemiskinan tegar yang semakin berkurang kembali meningkat kerana kesan kepada peningkatan harga minyak. jika sebuah kerajaan yang begitu prihatin, pemberian rebat secara tunai sebenarnya bukanlah sesuatu langkah yang bijak tindakannya. ini kerana di dalam dunia perniagaan cash flow begitu penting untuk memberikan aliran dan pusingan modal untuk perniagaan terus berkembang dan bertapak di dalam perniagaannya. begitu juga kerajaan, aliran tunai penting dan pemberian rebat 625 itu tidak perlu diberi secara tunai dan apabila harga minyak turun kerajaan boleh menurunkan lebih daripada yang dilakukan sekarang. Penurunan harga sebanyak 15 sen adalah langkah yang baik tetapi barang di pasaran tidak akan turun kerana kebijakan ekonomi di situ dapat dilihat tidak begitu baik kerana pasaran barangan yang tidak menentu. apabila minyak naik, harga barang naik dan peniaga akan membeli barangan atau stok simpanannya sendiri dan apabila minyak turun adakah harga barangan di stoknya perlu diturunkan kerana harga kos tetap mahal berdasarkan harga pasaran ketika harga minyak tengah melambung tinggi.

Pada pandangan saya, belanjawan 2009 mungkin baik kepada rakyat dan saya akan meneliti dengan lebih detail lagi selepas ini dan yang penting sekali adalah minyak. jika keputusan bijak menangani isu minyak seperti yang dinyatakan oleh anwar ibrahim dalam debat dengan shabery chik, kesan sampingan seperti harga barangan meningkat, segala perkara semuanya meningkat, inflasi tinggi dan termasuklah miskin tegar dapat diatasi.

Apa pun tindakan kerajaan kini perlulah bertujuan untuk meningkatkan kembali keyakinan rakyat kepada kerajaan BN dan sekiranya ini terus diabaikan dengan membuat keputusan2 yang tidak begitu baik untuk kesejahteraan rakyat maka peralihan kuasa mungkin berlaku. namun apa yang menjadi kemusykilan saya BOLEHKAN MINDA MELAYU BERUBAH DENGAN ADANYA PARTI POLITIK LAIN SELAIN UMNO YANG MAMPU MENJADI KERAJAAN YANG BAIK. ada kelapangan saya akan memberi pandangan saya. hanya sekadar pandangan untuk kebaikan.

Thursday, August 28, 2008

KAKA TOLAK CHELSEA

Impian Chelsea untuk memiliki bintang brazil, KAKA yang bermain untuk AC MILAN tidak kesampaian apabila dikatakan beliau telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh CHELSEA. KAKA tetap dengan keputusannya untuk terus kekal menyarung jersi AC Milan. Perancang AC Milan itu sebelum ini, telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab London itu dengan rekod perpindahan dunia berjumlah 80 juta pound (RM498.4 juta.)Impian peminat Chelsea untuk menambah sengat rangkaian serangan Chelsea tidak begitu terasa sekiranya bintang Real Madrid iaitu RObinho berjaya dimiliki oleh Chelsea sebelum berakhirnya pintu perpindahan yang berakhir pada 1 september ini.Peluang Robinho ke Chelsea cerah kerana dikhabarkan beliau dijadualkan menjalani ujian perubatan dengan harga 28.4 juta pound (RM177.2 juta).Sementara itu Chelsea juga dilaporkan cuba memancing penyerang berharga 18 juta pound (RM112.3 juta) dari Sevilla, Luis Fabiano.

Chelsea squad 2008/2009

1 Petr Cech
2 Branislav Ivanovic
3 Ashley Cole
5 Michael Essien
6 Ricardo Carvalho
8 Frank Lampard
9 Franco Di Santo
10 Joe Cole
11 Didier Drogba
12 John Mikel Obi
13 Michael Ballack
15 Florent Malouda
16 Scott Sinclair
17 Jose Bosingwa
18 Wayne Bridge
19 Paulo Ferreira
20 Deco
21 Salomon Kalou
23 Carlo Cudicini
24 Shaun Wright-Phillips
26 John Terry
30 Rhys Taylor
33 Alex
35 Juliano Belletti
39 Nicolas Anelka
40 Henrique Hilario

Mungkin ade penambahan robinho sorang lagi.. hehehe

Wednesday, August 27, 2008

Kesan Pendudukan Jepun di Indo-China

Kesan Pendudukan Jepun di Indo-China

Pendudukan Jepun di Indo-China telah memberikan pelbagai implikasi yang positif dan negatif. Semasa pendudukan Jepun ini, kesan yang begitu mendalam yang dapat dilihat adalah dari segi perubahan politik, sosial dan semangat nasionalisme yang terhasil akibat daripada kesan pendudukan Jepun di Indo-China.

Pendudukan Jepun di Indo-China telah menyebabkan Gabenor-Jeneral Perancis, Laksamana Decoux memberikan segala sumber Indo-China kepada Jepun. Implikasi daripada pendudukan Jepun ke atas perubahan politik dan sosial pada awalnya, dapat dilihat bagaimana raja-raja Annam, Kemboja dan Luang Prabang telah diberi martabat yang lebih tinggi dan berkuasa. Selain itu, perubahan-perubahan sosial iaitu kerja-kerja raya seperti sekolah-sekolah baru di bina dan rakyat Indo-China dilantik sebagai pegawai di dalam perkhidmatan kerajaan. Ini dapat dibuktikan pada 1943, sebuah Majlis Besar/Agung Perancis-Vietnam ditubuhkan dengan 30 anggota berbangsa Vietnam dan 23 daripada Perancis. Di samping itu, ketika di ambang kekalahan Jepun, pihak Jepun telah mengadakan satu coup de tat pada 10hb Mac 1945 untuk mengambil alih Indo-China daripada Perancis dan membuat kenyataan bahawa penjajahan telah tamat dan raja-raja Laos, Kemboja dan Annam telah mengisytiharkan kemerdekaan bagi negara mereka.

Selain itu, kesan pendudukan Jepun di Indo-China juga telah mencetuskan semangat nasionalisme bagi menuntut kemerdekaan.. Di Vietnam, Liga Kemerdekaan Vietnam (Viet Minh) di bawah pimpinan Ho Chi Minh, telah ditubuhkan pada 1941 bagi membangkitkan semangat kebangsaan dan memborontak ke atas Jepun dengan bantuan negeri China. Amerika dan Britain yang membekalkan senjata kepada Viet Minh untuk memperhebatkan penentangan terhadap Jepun. Kesan penubuhan Viet Minh ini telah membawa kemerdekaan kepada Vietnam daripada Perancis selepas era Jepun di Indo-China.

Di Kemboja dan Laos pula, kesan pendudukan Jepun telah melahirkan semangat nasionalisme di kedua negara ini adalah selepas berakhirnya pendudukan Jepun apabila Son Ngo Tanh seorang Nasionalis Kemboja telah ditangkap dan pengikutnya iaitu Khmer Issara (Penduduk Kemboja Bebas) telah bekerjasama dengan Viet Minh untuk memberontak dan membebaskan Kemboja daripada Perancis. Di Laos pula, Laos Bebas (Lao Issara) telah mengambil alih daripada pendudukan Jepun dan telah mencetuskan semangat nasionalisme iaitu untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang bebas di bawah raja dari Luang Prabang dan dari Laos Bebas inilah terasasnya Gerakan Nasional Laos (Pathet Lao) yang bekerjasama dengan Viet Minh untuk menghapuskan sebarang kaitan Perancis dengan Laos. Selain itu, kesan pendudukan Jepun di Indo-China yang negatif juga berlaku apabila banyak kes kematian akibat kebuluran, penyakit dan sebagainya

Kesimpulannya, secara langsung atau tidak, pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Indo-China. Kejayaan Jepun mengusir kuasa-kuasa besar Barat telah mewujudkan semangat nasionalisme dan menimbulkan kesedaran baru di kalangan rakyat Asia di mana mereka mampu memerintah negara mereka sendiri.

Bibliografi

D.G.E Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa & Pustaka.

Joginder Singh Jessy (1986). Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan
Darul Aman

Abdullah Zakaria Ghazali et.al (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur 1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti.

http://www.geocities.com/cominglucky/asia13.htm
http://www.geocities.com/cominglucky/politik.htm
http://www.paul02583.multiply.com/journal/item/4

Thursday, August 21, 2008

KESIBUKAN BULAN OGOS

KESIBUKAN BULAN KEMERDEKAAN NI MENGHALANG SAYA UNTUK MENGUTARAKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT APA YANG BERLAKU SEPANJANG SEBULAN NI.. DI SAMPING ASSIGNMENT DAN JADUAL KULIAH, KESIBUKAN MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL-KECILAN MENYEBABKAN SAYA KURANG KESEMPATAN UNTUK MENULIS MEMBERI PENDAPAT.. APAPUN X LAMA LAGI KITA AKAN MENEMPUHI BULAN PENUH KEBERKATAN DAN MARILAH BERSAMA-SAMA MENGHAYATI BULAN RAMADHAN DAN BAGI SAYA AGAR BULAN PENUH MULIA INI MENJADI TITIK PERMULAAN PERUBAHAN HIDUP KE ARAH KEBAIKAN. AMIN.. JUMPA LAGI... ADE NAK KOMEN DI ALU-ALUKAN.