Monday, June 30, 2008

Spain Bergaya, Ballack Kecewa

Euro 2008 telah melabuhkan tirainyer semalam. kehangatan bola sepak untuk negara-negara terbaik Eropah ini telah menyaksikan sejarah telah tercipta bagi Sepanyol yang telah berjaya memenangi kejuaraan Euro 2008 setelah menewaskan Jerman 1-0 hasil jaringan Fernando Torres. Gol yang berpunca daripada kawalan lemah Philip Lahm ke atas Torres di samping kepantasan beliau menyungkit bola melepasi Lehmann yang meluru meninggalkan posisinya telah memberikan kejayaan yang bermakna kepada skuad Sepanyol.

Sepanyol yang dibarisi pemain bernilai seperti Torres, Fabregas, Iniesta, Casillas dan sebagainya telah menguasai permainan dan beberapa membuat percubaan berbahaya ke gawang Jerman. Saya yang menonton perlawanan ini bersama saudara JAN di kedai mamak agak berasa sedikit bosan dengan perlawanan ini kerana perlawanan dilihat banyak dikuasai oleh Sepanyol dan Jerman tidak berada di dalam form terbaik untuk memenangi perlawanan ini.
Namun perlawanan sudah berakhir dan menyaksikan Sepanyol gah di puncak kejuaraan Euro 2008. di sebalik kegembiraan di kem Sepanyol ada cerita menarik di kem Jerman di mana dapat dilihat bahawa tahun 2008 merupakan tahun yang agak unik kepada Micheal Ballack (gmbr bwh) di mana beliau telah gagal memenangi sebarang gelaran utama tetapi hanya berjaya sebagai tempat kedua untuk Champion League, Carling Cup dan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea dan berterusan dengan Jerman apabila juga meraih tempat ke-2 EURO 2008.

Adakah tempat ke-2 akan berterusan bagi Micheal Ballack apabila bersaing di dalam merebut Pemain Terbaik Euro, Pemain Terbaik Eropah serta Pemain Terbaik Dunia. Sama-samalah kita nanti keputusannya. apapun euro 2008 memberi sejarah baru kepada bolasepak Sepanyol dan saya sebagai peminat yang telah gagal di dalam ramalan awal sejak sepak mula Euro 2008 yang mana meramalkan Jerman mampu menjadi Johan di samping Itali. Sekian.. wasalam
kita lihat, kita fikir (tafsir, ramal), kita kaji dan kita nilai sesuatu fakta namun xsemestinya tepat ( itulah yang dimaksudkan ramalan) hehehe..

Assalamualaikum - Salam Perkenalan

Budaya blogger hari ni yang dapat kita lihat semakin aktif di Malaysia menarik saya untuk bersama-sama menyumbang idea dan buah fikiran terhadap perkembangan dunia pada hari ini terutamanya berkaitan dengan perkembangan sukan, ekonomi dan politik di Malaysia amnya.

Penulisan pertama saya ini, di buat selepas DSAI telah menerima tuduhan liwat yang dibuat oleh pembantu khasnya saudara SB yang mana telah membuat laporan polis. Selain itu, sidang media yang dibuat oleh pihak PKR yang mana terdapat ancaman bunuh ke atas DSAI dan kini DSAI mendapat perlindungan di Kedutaan Turki. Adakah tuduhan liwat dan ancaman bunuh ini benar-benar berlaku? Persoalannya adakah ia benar iaitu tuduhan dan ancaman bunuh ke atas DSAI ini.

Pada pengamatan saya, tuduhan yang dilemparkan ke atas DSAI mengulang kembali peristiwa tuduhan ke atasnya oleh TDM sedekad yang lalu. tuduhan yang dilemparkan oleh pembantu khasnya itu dilihat seakan-akan mempunyai kaitan dengan DS najib. Ini kerana pelbagai spekulasi terutamanya selepas akuan bersumpah raja petra mengenai kes altantunya yang tidak dapat dipastikan bilakah kes ini akan berakhir? akibat risau akan rahsianya akan terbongkar, adakah ds najib menjadi mastermind kepada tuduhan ini.

Namun begitu, saya sebagai rakyat marhaen yang melihat, berfikir, menilai dan mengkaji setiap fakta yang ada, DSAI mungkin dituduh bagi menyekat kemaraan perkembangan politiknya yang semakin berkembang selepas PRU 12 serta kerisauan DS Najib terhadap pelbagai tuduhan yang dibuat ke atasnya terutamanya kes Altantunya.. Pak Lah selaku PM Malaysia kini mungkin tidak mengetahui konspirasi atau pakatan yang dilakukan oleh DS Najib (sebagai andaian) yang mana apabila ketua tidak lagi mendapat kepercayaan dari orang bawahannya, orang bawahannya boleh bertindak sendiri tanpa merujuknya lagi..

Ketelusan polis dalam mencari jalan penyelesaian terhadap tuduhan ini perlu dilakukan. sekiranya benar DSAI bersalah berikan bukti-bukti yang kukuh dan adakah peristiwa membawa tilam ke mahkamah berulang kembali????? Dan adakah tuduhan ini adalah konspirasi daripada DSN yang ingin menjaga agar rahsianya tidak terbongkar??? Dan kita sebagai rakyat hanya boleh melihat memikir mengkaji dan menilai setiap peristiwan yang berlaku... jadi tunggu dan lihat lah tindakan polis selanjutnya dan apakah perkembangannya selepas ini.. sekian... bt pengetahuan pembaca german pasukan pilihan teman tewas 0-1 ke atas spain hasil jaringan torres,.. ada ms nanti saya akan lihat fikir kaji dan nilai kekalahan german di tangan spain.. ok wassalam