Monday, October 6, 2008

Chelsea Kekal Di Puncak


LONDON - Chelsea kekal di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) selepas menang 2-0 ke atas Aston Villa di Stamford Bridge manakala Liverpool bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Manchester City 3-2 semalam.

Jaringan di babak pertama menerusi Joe Cole dan Nicolas Anelka memastikan Chelsea mencatat kemenangan selesa dan mengumpul 17 mata dari tujuh perlawanan, sama mata dengan Liverpool yang ketinggalan 2-0 sebelum menang hasil dua gol Fernando Torres dan jaringan kemenangan Dirk Kuyt pada masa kecederaan.

Chelsea meneruskan rekod tanpa kalah selepas membenam Villa 2-0.

Villa beraksi dalam perlawanan semalam sebagai pasukan di tangga keempat dan yakin memperoleh keputusan menarik selepas berjaya mencuri empat mata dari Chelsea musim lalu termasuk seri 4-4 dengan pasukan di barat London.

No comments: