LONDON: Luiz Felipe Scolari akan memberitahu bintang Chelseanya supaya melupakan impian mempamerkan aksi lima bintang apabila berdepan Roma yang kini terumbang ambing dalam pertemuan Liga Juara-Juara, esok.
Pasukan Scolari mempamerkan persembahan terbaik musim ini Sabtu lalu apabila membelasah Middlesbrough 5-0 yang menyaksikan perasaan bangga mula dirasai di Stamford Bridge.
Hanya empat bulan selepas memimpin pasukan Blues, Scolari melihat arus perubahan persepsi di kalangan orang ramai terhadap Chelsea.
Minat Scolari untuk mempamerkan corak permainan menyerang, berjaya menutup mulut pengkritik di mana ketika kelab itu di bawah Jose Mourinho dan Avram Grant, mencemuh Chelsea sebagai mesin tidak disenangi yang terkandas ketika memburu kejayaan.
Jika sebelum ini, Blues lebih senang bertahan selepas mendahului, kini mereka berusaha untuk menjaringkan lebih banyak gol.
Bagaimanapun penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou yang menjaringkan dua gol di Middlesbrough berkata Scolari sudah menjelaskan bahawa meraih mata adalah lebih penting daripada mendapat kawan baru.
“Fokus kini adalah untuk menang. Lebih banyak kami menang, lebih besar peluang untuk kami mencapai sasaran di tempat pertama,” kata Kalou menerusi laman web Chelsea.
“Perkara paling penting ialah pada akhir perlawanan, kami menang. setiap perlawanan adalah sukar, tetapi kami perlu melawan hingga ke akhir dan cuba memberi tumpuan terhadap diri masing-masing.
“Ia memberi kami keyakinan bahawa kami mampu membawa sesuatu kepada pasukan ini, kami benar-benar memberi tumpuan terhadapnya dan sasaran kami ialah menang dan menjaringkan lebih banyak gol dalam setiap perlawanan. Kami menghadapi setiap perlawanan dengan semangat yang sama,” katanya.
Ketika Chelsea berdepan masalah kecederaan menerusi pemain utamanya Didier Drogba, Michael Essien, Ashley Cole dan Ricardo Carvalho, ia satu bukti terhadap impak Scolari bahawa Chelsea dilihat lebih menggerunkan dalam beberapa minggu ini.
Mereka berada di tempat teratas Liga Perdana Inggeris dan kemenangan terhadap Roma di Bridge akan meletakkan pasukan naib juara musim lalu di laluan mudah ke peringkat kalah mati dalam Liga Juara-Juara.
Scolari akan kembali mendapatkan khidmat Petr Cech yang pulih daripada kecederaan paha yang menyebabkan dia tidak bermain dalam perlawanan Sabtu lalu tetapi biarpun dengan kebanyakan pemain bakal diketepikan berikutan kecederaan, Chelsea masih menjadi pilihan untuk mendapatkan tujuh mata hasil sembilan perlawanan di Eropah. - AFP
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment