Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari mengakui masih terlalu awal untuk melabelkan skuad The Blues itu sebagai pasukan pilihan untuk merangkul gelaran Liga Perdana England musim ini.
Rekod tanpa kalah skuad bimbingan Scolari itu musim ini menjadikan mereka sebagai calon terbaik untuk memenangi gela- ran itu dan kemenangan 5-0 ke atas Middlesbrough kelmarin mengukuhkan lagi peluang untuk merampas kejuaraan dari- pada Manchester United.
Tetapi pengendali dari Brazil itu tidak mahu terlalu awal berpuas hati kerana saingan musim ini masih panjang.
"Kami bukan pasukan pilihan. Kami masih mempunyai banyak perlawanan untuk dihadapi dan kami perlu menghadapi salah satu daripadanya."
Chelsea berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga untuk tempoh 10 bulan, tetapi Scolari berkata, beliau hanya yakin mampu merangkul gelaran musim ini, musim pertama- nya membimbing The Blues jika mereka masih menduduki tempat teratas apabila kempen sampai ke kemuncaknya pada Mei tahun depan.
"Jika kami mendahului dengan kelebihan enam mata sele- pas 35 atau 36 perlawanan, baru saya mengaku kami adalah pasukan pilihan. Tetapi sebelum itu, kami perlu bermain pada setiap perlawanan seperti perlawanan terakhir musim."
Pada aksi kelmarin, Chelsea berjaya mencatat kemenangan besar meskipun ramai daripada pemain utama mereka tidak beraksi kerana mengalami kecederaan.
Lima gol yang dihasilkan kelmarin masing-masing hadir menerusi Salomon Kalou dengan dua gol dan satu menerusi Belletti, Frank Lampard dan Florent Malouda.
"Saya tidak fikir mengenai Manchester United, Arsenal atau Liverpool, saya cuma memikirkan mengenai pasukan saya.
"Saya tidak ada masa untuk melihat apa yang mereka laku- kan kerana tugas saya adalah bersama Chelsea. Saya tidak fikir keputusan ini akan memberikan mesej kepada mereka, tetapi lebih kepada saya kerana pemain yang saya beli untuk pasukan ini boleh melakukan tugas dengan baik jika saya memerlukannya
Tuesday, October 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment