JOHANNESBURG - Ketua pasukan Ivory Coast, Didier Drogba disenarai pendek bagi anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika tahun ini biarpun dia enggan dikaitkan dengan hadiah itu.
Penyerang Chelsea itu dicalonkan oleh Gabungan Bola Sepak Afrika (CAF) salah seorang daripada lima lagi calon anugerah tersebut di samping rakan sekelab, Michael Essien dan pemain Arsenal dari Togo, Emmanuel Adebayor.
Penyerang Mesir, Amr Zaki (Wigan Athletic) dan Mohamed Aboutrika yang menjaringkan gol kemenangan bagi Mesir dalam pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika, Februari lalu turut dicalonkan.
Drogba, pemenang 2006 dijangka meraihnya semula pada 2007 tetapi anugerah itu diberikan kepada Frederic Kanoute dari Mali apabila Drogba enggan bertandang ke Togo bagi penyampaian anugerah tersebut, Februari lalu.
Drogba berkata, dia diberitahu oleh pegawai CAF bahawa dia tidak akan mendapat anugerah itu jika tidak menghadiri majlis penyampaiannya.
Dia tidak menghadiri majlis itu kerana ia diadakan hanya dua hari sebelum perlawanan suku akhir Ivory Coast menentang Guinea dalam Piala Negara-Negara Afrika.
"Saya mengambil keputusan tidak mahu menyertai undian bagi anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika selepas itu. Saya berasa bahawa pertandingan ini sudah kehilangan nilainya," kata Drogba ketika itu.
Peserta akhir tahun ini dipilih oleh sebuah panel anggota media CAF dan jawatankuasa teknikal.
Jurulatih pasukan kebangsaan negara anggota Afrika mengundi untuk menentukan pemenangnya.
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment