PARIS - Pendahulu Liga Perdana England, Chelsea diramal menerima tentangan sengit apabila berdepan AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi ini.
Begitupun The Blues yang mengumpul empat mata daripada dua perlawanan pertama Kumpulan A memperoleh suntikan semangat selepas merekodkan kemenangan besar 5-0 ke atas Middlesbrough pada aksi Liga Perdana England Sabtu lalu.
Manakala Roma yang akan berkunjung ke Stamford Bridge mengalami nasib berbeza apabila tewas 0-4 kepada Inter Milan pada saingan Serie A Sabtu lalu.
Sedar hanya kemenangan yang mampu menjami anak buahnya mara ke pusingan kalah mati, Scolari pasti mahu menggunakan segala pengalaman yang dimiliki untuk menghadapi perlawanan yang dianggap paling sukar sejak mengemudi The Blues awal musim ini.
"Saya telah memikirkan aksi menentang Roma dan Liverpool dan ini adalah minggu yang paling sukar bagi saya," kata Scolari.
"Setiap minggu adalah sukar tetapi saya menjadikannya mudah kerana jika saya memikirkan sebaliknya, saya akan 'mati' dalam tempoh seminggu."
Selepas pertemuan menentang Roma, Chelsea akan berdepan Liverpool pada aksi liga hujung minggu ini.
Bagaimanapun Scolari mahu memberi fokus terlebih dahulu pada aksi menentang Roma.
"Saya berasa gembira kerana kami mungkin mendapat kembali khidmat Ricardo Carvalho, Petr Cech, Joe Cole, Ashley Cole pada perlawanan ini nanti.
"Mereka kembali tepat pada masanya. Mereka tidak berada pada prestasi terbaik tetapi apabila kami bertemu Liverpool, kami akan memperoleh kekuatan sepenuhnya dan itu adalah penting," tambah bekas pengendali skuad Portugal itu.
Dalam pada itu, Scolari tetap menganggap Roma sebagai pencabar yang sukar dijinakkan.
"Roma telah menukar beberapa pemain dan mereka bermula musim ini dalam keadaan yang tidak baik tetapi kini mereka jauh lebih baik.
"Mereka bermain dengan baik dalam dua atau tiga perlawanan terakhir dan kami menghormati mereka kerana mereka memiliki sejarah dan kualiti.
"Mereka juga mempunyai jurulatih yang hebat dan mereka semakin menunjukkan peningkatan," kata Scolari.
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment