Euro 2008 telah melabuhkan tirainyer semalam. kehangatan bola sepak untuk negara-negara terbaik Eropah ini telah menyaksikan sejarah telah tercipta bagi Sepanyol yang telah berjaya memenangi kejuaraan Euro 2008 setelah menewaskan Jerman 1-0 hasil jaringan Fernando Torres. Gol yang berpunca daripada kawalan lemah Philip Lahm ke atas Torres di samping kepantasan beliau menyungkit bola melepasi Lehmann yang meluru meninggalkan posisinya telah memberikan kejayaan yang bermakna kepada skuad Sepanyol.
Sepanyol yang dibarisi pemain bernilai seperti Torres, Fabregas, Iniesta, Casillas dan sebagainya telah menguasai permainan dan beberapa membuat percubaan berbahaya ke gawang Jerman. Saya yang menonton perlawanan ini bersama saudara JAN di kedai mamak agak berasa sedikit bosan dengan perlawanan ini kerana perlawanan dilihat banyak dikuasai oleh Sepanyol dan Jerman tidak berada di dalam form terbaik untuk memenangi perlawanan ini.
Namun perlawanan sudah berakhir dan menyaksikan Sepanyol gah di puncak kejuaraan Euro 2008. di sebalik kegembiraan di kem Sepanyol ada cerita menarik di kem Jerman di mana dapat dilihat bahawa tahun 2008 merupakan tahun yang agak unik kepada Micheal Ballack (gmbr bwh) di mana beliau telah gagal memenangi sebarang gelaran utama tetapi hanya berjaya sebagai tempat kedua untuk Champion League, Carling Cup dan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea dan berterusan dengan Jerman apabila juga meraih tempat ke-2 EURO 2008.
Adakah tempat ke-2 akan berterusan bagi Micheal Ballack apabila bersaing di dalam merebut Pemain Terbaik Euro, Pemain Terbaik Eropah serta Pemain Terbaik Dunia. Sama-samalah kita nanti keputusannya. apapun euro 2008 memberi sejarah baru kepada bolasepak Sepanyol dan saya sebagai peminat yang telah gagal di dalam ramalan awal sejak sepak mula Euro 2008 yang mana meramalkan Jerman mampu menjadi Johan di samping Itali. Sekian.. wasalam
kita lihat, kita fikir (tafsir, ramal), kita kaji dan kita nilai sesuatu fakta namun xsemestinya tepat ( itulah yang dimaksudkan ramalan) hehehe..
Monday, June 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment