Monday, June 30, 2008

Assalamualaikum - Salam Perkenalan

Budaya blogger hari ni yang dapat kita lihat semakin aktif di Malaysia menarik saya untuk bersama-sama menyumbang idea dan buah fikiran terhadap perkembangan dunia pada hari ini terutamanya berkaitan dengan perkembangan sukan, ekonomi dan politik di Malaysia amnya.

Penulisan pertama saya ini, di buat selepas DSAI telah menerima tuduhan liwat yang dibuat oleh pembantu khasnya saudara SB yang mana telah membuat laporan polis. Selain itu, sidang media yang dibuat oleh pihak PKR yang mana terdapat ancaman bunuh ke atas DSAI dan kini DSAI mendapat perlindungan di Kedutaan Turki. Adakah tuduhan liwat dan ancaman bunuh ini benar-benar berlaku? Persoalannya adakah ia benar iaitu tuduhan dan ancaman bunuh ke atas DSAI ini.

Pada pengamatan saya, tuduhan yang dilemparkan ke atas DSAI mengulang kembali peristiwa tuduhan ke atasnya oleh TDM sedekad yang lalu. tuduhan yang dilemparkan oleh pembantu khasnya itu dilihat seakan-akan mempunyai kaitan dengan DS najib. Ini kerana pelbagai spekulasi terutamanya selepas akuan bersumpah raja petra mengenai kes altantunya yang tidak dapat dipastikan bilakah kes ini akan berakhir? akibat risau akan rahsianya akan terbongkar, adakah ds najib menjadi mastermind kepada tuduhan ini.

Namun begitu, saya sebagai rakyat marhaen yang melihat, berfikir, menilai dan mengkaji setiap fakta yang ada, DSAI mungkin dituduh bagi menyekat kemaraan perkembangan politiknya yang semakin berkembang selepas PRU 12 serta kerisauan DS Najib terhadap pelbagai tuduhan yang dibuat ke atasnya terutamanya kes Altantunya.. Pak Lah selaku PM Malaysia kini mungkin tidak mengetahui konspirasi atau pakatan yang dilakukan oleh DS Najib (sebagai andaian) yang mana apabila ketua tidak lagi mendapat kepercayaan dari orang bawahannya, orang bawahannya boleh bertindak sendiri tanpa merujuknya lagi..

Ketelusan polis dalam mencari jalan penyelesaian terhadap tuduhan ini perlu dilakukan. sekiranya benar DSAI bersalah berikan bukti-bukti yang kukuh dan adakah peristiwa membawa tilam ke mahkamah berulang kembali????? Dan adakah tuduhan ini adalah konspirasi daripada DSN yang ingin menjaga agar rahsianya tidak terbongkar??? Dan kita sebagai rakyat hanya boleh melihat memikir mengkaji dan menilai setiap peristiwan yang berlaku... jadi tunggu dan lihat lah tindakan polis selanjutnya dan apakah perkembangannya selepas ini.. sekian... bt pengetahuan pembaca german pasukan pilihan teman tewas 0-1 ke atas spain hasil jaringan torres,.. ada ms nanti saya akan lihat fikir kaji dan nilai kekalahan german di tangan spain.. ok wassalam

3 comments:

Unknown said...

salam sejahtera, pandangan saudara mengenai kejanggalan kes yang berlaku kepada DSAI ini turut bermain-main di fkiran sy.. secara logiknya, sy perpendapat bahawa karier politik DSAI sebenarnya disekat oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda tersirat, seolah-olah pihak 'INI' takutkan sesuatu (mgkin kes altantuya dan DSN)yang mgkin hanya diketahui DSAI di sebalik tuduhan (meliwat saiful) yang dikenakan ke atasnya. Kebanyakan rakyat malaysia seperti kita yg marhain seperti kata saudara sebenarnya tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku.. apakah ini satu konspirasi atau apa yang dikatakan itu (meliwat) benar-benar terjadi?? akan tetapi marhain bukan lah bermaksud kita bodoh dan hanya membiarkan sahaja apa keadaaan yang berlaku di dalam negara berada secara pakaibuang seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. jika dilihat kepada tindakan menjatuhkan DSAI buat kali 'KEDUA' itu sememangnya boleh difikirkan keraguannya(tuduhan) hatta oleh seorang tua yang tidak bersekolah. Pada tahun 2004 DSAI telah dituduh meliwat dan kemudiannya digugurkan tuduhan itu terhadap beliau, dan kini dituduh semula dengan kes yang sama.. seorang bekas pemimpin yang pernah didakwa dan ditahan atas tuduhan meliwat adik angkatnya tetapi dilepaskan, telah dituduh semula dengan dakwaan yang sama tetapi dengan orang yang berlainan?? tidakkah ini menjadi satu persoalan?? rakyat mahukan kebenaran. malah disebut juga oleh DSAI dan isterinya iaitu Pengerusi PKR Saiful itu sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang pegawai DSN. Ini disertakan pula dengan bukti iaitu gambar berdua saiful dan pegawai DSN bersebelahannya. Walaupun ini merupakan bukti yang tidak mepunyai kaitan secara jelas akan tetapi dapat saya fikirkan kesahihan perkara yang saudara sebutkan (propaganda oleh DSN). walaupun ia hanya gambar tapi kaitannya dengan DSN itu membuatkan saya turut tidak dapat tidak untuk mempercayai sedikit sebanyak apa yang saudara perkatakan itu. apakah dengan keadaan DSAI yang semakin kukuh kedudukan karier politiknya di negara ini telah membuatkan DSN tidak senang duduk?? sy juga bersetuju tentang pakatan kuasa yang mampu dibuat seperti yg saudara sebutkan iaitu, berlaku arahan 'sulit' di dibelakang PL yang dilihat tidak lagi mampu mengawal keadaan negara dan keteguhan ekonomi dalam negara. mungkin arahan 'sulit' ini ini adalah supaya barisan PKR memberontak dan akan menimbulkan huru-hara dan kekacauan di dalam negara (andaian). Adakah ini keinginan DSN supaya beliau dapat berkuasa secepat mungkin dan menyingkirkan PL dari jawatannya dengan menimbulkan keadaaan huru hara?? Keadaan ini boleh menyebabkan Mageran ditubuhkan. maksud mageran yang sy petik dari (http://members.tripod.com/ris20202/_disc9/000001b4.htm)ialah "Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)di mana ia akan menjadi “senjata” utama dan terakhir pihak UMNO/Barisan Nasional untuk terus berkuasa. Mengikut sejarah juga, Umno telah melaksanakan MAGERAN (1969) untuk menjaga kepentingan parti BN dalam negara dengan alasan seperti keadaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk. Sekiranya keadaaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk maka situasi kekacauan kaum akan diada-adakan (created) sebagai alasan kepada tindakan melaksanakan MAGERAN. Mungkin sebab-sebab kegawatan sosial seperti bohsia,penagihan dadah, pelacuran dan lain-lain juga turut akan dijadikan alasan".Dan orang yang paling berkuasa ke atas mageran ini jika dilaksanakan ialah TPM Malaysia iaitu DSN.. Jika mageran ini berlaku ia akan sekaligus menyingkirkan PL, DSAI dan lain-lain pemimpin pembangkang yang menjadi halangan kepada DSN, dan parlimen juga juga dibubarkan dan mgkin secara halusnya dapat menutup tuduhan terhadap beliau mengenai kes pembunuhan altantuya??.. bercakap bukan menghentam, tapi untuk mencari kebenaran..

Pemikir Jalanan said...

terima kasih saudara JAN yang memberi respon terhadapa perkembangan politik tanah air.. nampaknyer.. saudara jan telah terpanggil untuk bersama-sama menyuarakan pandangan beliau mengenai tuduhan ke atas DSAI. setelah diteliti dilihat kemudian mengkaji dan memikirkan apa yang disuarakan oleh saudara Jan itu ada kebenaran berdasarkan sejarah hitam tanah air pada 1969 di mana MAGERAN telah ditubuhkan. adakah peristiwa ini akan berulang. ISU ini AKAN terjawab apabila tuduhan yang disiasat polis selesai. sebagai marhaen yang mampu berfikir secara logik. adakah DSAI seorang yang gilakan lelaki untuk melampiaskan nafsunya? Umurnye yang sudah semakin tua adakah masih mempunyai masa untuk melampiaskan nafsunya kerana sedangkan pada ketika ini beliau dilihat begitu sibuk dengan kes yang melibatkan kerajaan pakatan rakyat Selangor serta beliau dikhabarkan baru pulang dari menunaikan umrah. perkara ini dilihat secara logik akal yang sesiapa pun yang berfikiran waras, melihat tuduhan ini seakan dusta semata-mata.

pena perjuangan di mata pemikir jalanan..

Dt said...

mengapakah DSAI menyorok?pada logiknye dia xkan menyorok kalau bersalah.maka pada tanggapan org, DSAI ini meliwat sedangkan beliau menerima ugutan bunuh, subramaniam pula setelah menarik sumpahnyer, beliau sekeluarga halimunan.hilang.mengapa hilang?fikir2kan.